Saturday, January 1, 2011

~Cerita Zaman Hingusan~

kalau korang pandai cube teka mana karipap yang aku buat..hahaha

Kelmarin aku cabar mak aku buat kuih. Sebab mak aku kutuk aku tak pandai buat kuih,malas masak & tau makan jee..<<---sampai hati tol mak aku nie. Disababkan rasa tercabar,mak aku pon buatlah kuih karipap dan tugas aku adalah melihat,mengingat cara2,menolong & makan kuih tu lepas siap..hahaha.

Nak buat karipap nie memang lah senang,tapi sesiapa yang dalam situasi aku ( budak baru belajar ) memang terkial2 nak buat. Walaupon ade tekap karipap tu..( betul ke name benda tu??ermm ntah la) tapi bile digoreng tbuka lak. Jadi mak aku cakap guna lah cara manual. So karipap yang agak buruk rupa tu aku lah yang buat..huhuhu. Mak cakap “kalau nak kawen dengan orang Jawa kena lah pandai buat,nati bile sinoman( rewang) senang.. tak la ko malu..tak la mak malu”<<<---ayat last mak aku tu memang tak leh blah..hahahha..

Nak dijadikan cerita, ayah aku ngumpat aku kat belakang..dia ingat aku tak dengar walaupon ayah aku tu cakap bisik2 dengan adik aku.. “kau nak tau dik,dulu cara nak suruh dia behenti menangis beli je karipap. Nampak nah perangai buruk dia tu kan. Menanggis je sumbat karipap dalam mulut dia tu senyap lah”. 'Ciss..mengutuk aku je koje nye'.

~Di Satu Pagi Yang Tak Berapa Hening~

      Aku tak suka kucing!!!! kenapa tak suka???..bukan sebab takot tapi aku sendiri pon tak tau puncanye. Di sebabkan kan kehadiran anak kucing tu,aku tutup sliding door taska..dah tak dapat hirup udara segar di waktu pagi..adehhh..
      Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari..( sesuai ke peribahasa nie dgn situasi aku?..lantaklah..hahah). Keluar je dari bilik solat,sliding door tebuka. Hampeh tol!!! nie mesti koje Fauzan Firdaus Razali a.k.a Ojan. Ish!!! geram tol. Anak kucing tu bermaharaja lela dalam taska. Aku pon dengan berani keluarkan anak kucing tu. Tapi si Ojan nie dengan rasa baik hati menjemput lak anak kucing tu masuk..

Fauzan Firdaus Razali

Ojan : Takak!!!tuging!!( kakak!!! Kucing!!..<<--dia yang jemput kucing tu masuk pastu nak suruh lak aku halau..aduyaii )
Aku : Cat lah.
Ojan : Tuging!!!.
Aku : Cat.
Ojan : Tuging!!!( lalu baring & menghentak2 kan kaki kat lantai dan menyebut Tuging3!!! ).
Oitt!! dengan budak kecik pon nak cari pasal ke? Aku sekeh ko nati..<<<---suara dari dapur.


Thursday, December 16, 2010

~mimpi terbaik~

Biar betul??. Cara nie memang betul2 berkesan. Baru je tadi buat arobik, sekarang dah kurus..ramping lagi tau..hahaha..jangan jeles tau!!. Cantiknya aku. Tak puas betul pandang kat cermin yang kecik nie..rasa macam nak beli cermin sebesar pintu je..boleh lah tengok satu badan aku nie puas2. Lepas nie boleh lah cari baju yg macam tu..ermm..yang macam nie pon boleh lah. Lepas tu g spa..lepas tu ape lagi wat catwalk la..haha..Bangga betul..walawehhh!!!..seronok2..”

----> ciss!! mimpi rupanya. Ini mesti sebab aku wat arobik sebelum tidur tadi pas tu sampai bawa kat mimpi..hampeh tol. Ingat kan betul2 kurus tapi bile bangun tidur..tengok je cermin..ermmm..gumuk lagi..tak berubah ponnn!!!!..itu lah niat tak baik. Itu yang Allah realisasikan impian aku dalam mimpi je..Cube aku niat kerana Allah. Niat nak jaga kesihatan. Mesti Allah makbulkan ( amin..harap2 lah Allah makbulkan ). aku kena cepat2 tukar niat nie.

PENGAJARAN buat aku :

      1. Lain kali niat kerana Allah. Buat apa2 pon kerana Allah. Kite nak masuk tandas pon ade doa. Lagi lah nak buat benda lain. Niat kena betul bukan nye niat yang bertujuan untuk kena maki..huhu
      2. Jangan bangga diri/riak/takbur dan seangkatan dengannya. Padan muka aku baru je mimpi dah nak bangga2..huhuhu..Ya Allah ampunkan dosa hamba mu ini.

Tuesday, December 14, 2010

~P.U.T.E.R.I.J.A.M.E.E.L.A~

         Bermula lah episod bagi blog P.U.T.E.R.I.J.A.M.E.E.L.A . P.U.T.E.R.I.J.A.M.E.E.L.A bukan lah nama aku yang sebenar pon. Aku ni bukan lah dari golongan darah kerabat diraja. Tapi aku adalah salah satu puteri yang sentiasa bertakhta di hati emak & ayah aku. And for your information,aku adalah puteri yang paling comel dalam keluarga aku ( aku dah tanye mak ayah aku..diorang pon setuju dalam terpaksa..huhu).                
           Aku mula excited dengan nama P.U.T.E.R.I.J.A.M.E.E.L.A semasa aku ambil subjek Arabic Language dan Arabic Language for Pre-School. Lepas je balik dari class,aku sibuk na tanye Hadila Hadzir a.k.a Ano.( itu pon kalau dia still ingat..hehe) “Apa maksud Jamil?” dan dia dengan begitu sopan menjawab, “Jamil tu maksudnya hensem. Ciss beriya beli kamus tapi tak mau tengok”.hahaha..kan dah kena setepek kat muka aku. Dasar pemalas tol aku nie!!!. tapi nak buat macam mana,cara tu lagi senang & jimat masa dari tengok kat kamus..hehehe..kalau dah maksud nama Jamil tu hensem, Jamilah mestilah cantik kan3..and start dari tu aku suka nama Jameela. Tapi itu bukan lah nak cakap kat dunia yang aku ini cantik, aku hanya sekadar mensyukuri pemberian Allah..hehehe..walaupon aku tak cantik tapi aku comel..haha..syok sendiri tol aku nie..tapi pape pon.. Thank you Allah sebab anugerahkan aku dengan wajah yang comel.
              Untuk nama Puteri itu aku saja2 je letak bagi tambah sedap ckit di dengar..sedap kerr?..hahaha.Okey lah, untuk blog aku ini,aku harap dapat memberi manfaat kepada dan kepada yang sudi membaca(errmmm..tu pon kalau ade..) secara tidak langsug mahupon secara langsung. Kepada yang sudi baca post2 aku nanti terima kasih banyak2.